Search This Blog

Wednesday, August 4, 2010

Sejarah Tamadun STPM 2010-f!e



TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR PENENTANGAN KAUM QURAISY TERHADAP ISLAM

Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada zaman Nabi Muhammad di Makkah.
PENGENALAN:
1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
  • Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
  • Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
  • Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira’.
2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah
  • Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.
  • Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati Allah swt.
  • Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum.
  • Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan.
  • Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.
  • Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.
  • Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat haji dan perdagangan.
  • Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.
  • Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.
3. Bentuk-bentuk Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.
  • Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.
  • Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan
  • Menyiksa
  • Tawaran Harta & Pangkat
  • Berkompromi Agama
  • Pemulauan Ekonomi Dan Sosial
  • Rancangan Membunuh Nabi
4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah
  • Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan
ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah [ 5 isi X 4 markah = 20 markah ]
1. Faktor Agama
  • Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
  • Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.
  • Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan
  • Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.
2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh
  • Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
  • Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
  • Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana keupayaannya yang luar biasa.
  • Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.
3. Persamaan Taraf
  • Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
  • Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy.
  • Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
  • Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
  • Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.
4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.
  • Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
  • Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
  • Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
  • Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.
5. Takut Akan Hari Pembalasan
  • Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
  • Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
  • Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama.
  • Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
  • Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
  • Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.
6. Perasaan Iri hati
  • Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
  • Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu
KESIMPULAN:
1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ZAMAN PRASEJARAH

Sejauh manakah alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah.
ATAU
Alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah. Bincangkan.
PENDAHULUAN
1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya.
2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu
- Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM)
- Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM)
- Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM)
3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu.
4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeolgi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat daripada batu.
ISI (5 isi X 4 markah = 20 Markah)
1. Penempatan
Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh alam sekitar
· Zaman Paleolitik - pergantungan sepenuhnya ke atas alam sekitar menyebabkan mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan. Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat menyebabkan mereka tinggal dalam gua.
· Zaman Mesolitik - pencairan air batu akibat daripada kenaikan suhu dunia telah mempengaruhi penempatan masyarakat pada zaman ini tertumpu di kawasan yang iklim sederhana iaitu di kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika.
· Zaman Neolitik - kehidupan masyarakat yang tidak bergantung kepada hasil hutan dan telah mula bertani menyebabkan mereka membentuk penempatan kekal sehingga wujudnya perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung kepada kesuburan tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan pertanian. Contohnya perkampungan Neolitik di Jermo, Jerica (Iraq) dan Pan Ismail
2. Kegiatan Ekonomi
Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat zaman prasejarah.
· Zaman Paleolitik - manusia mendapat makanan daripada sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.
· Zaman Neolitik - manusia telah mula menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa bergantung kepada sumber alam sekitar melalui kegiatan pertanian dan menternak binatang. Walau bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani. Kawasan pertanian tertumpu di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil pertanian/surplus mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan.
3. Peralatan
· Paleolitik - Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan persekitaran manusia di zaman Paleolitik telah menghasilkan peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka menggunakan peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan untuk melapah dan memotong binatang buruan.
· Neolitik - Revolusi pertanian di zaman neolitik telah mempengaruhi peralatan yang digunakan. Peralatan batu masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi buatan lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka menggunakan logam seperti besi, timah dan tembaga menggantikan peralatan batu sebagai peralatan di sawah dan senjata.
4. Teknologi
· Paleolitik - Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan peralatan batu menggunakan teknik merepeh. Kebakaran hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan peralatan batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan penggunaan api. Pakaian zaman ini diperbuat daripada kulit binatang dan gentian pokok/kayu.
· Neolitik - Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mecipta teknologi dalam usaha menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta roda, menghasilkan peralatan tembikar dan menenun kain daripada gentian tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga haiwan untuk memudahkan kerja-kerja di ladang pertanian.
5. Kepercayaan
· Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat zaman prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat zaman paleolitik dan neolitik mengatasi bencana alam menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka menyembah kuasa alam yang mempunyai kaitan dengan persekitaran mereka seperti matahari, sungai dan binatang. Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada kepercayaan kepada tuhan dan semangat tanaman. Ia membawa kepada upacara pemujaan dan ritual keagamaan.
6. Kesenian
· Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarakat zaman pra sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang di gua yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan. Pada zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam hasil lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem kepercayaan.
KESIMPULAN
Kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan dan kreativiti masyarakat pada zaman neolitik telah membawa perubahan besar bagi mereka menyesuaikan diri dan menguasai alam sekitar.

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – PENGUKUHAN EMPAYAR DI ALAM MELAYU

Sejauhmanakah faktor agama memainkan peranan dalam mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan pemerintah di Alam Melayu.         
ATAU
Bincangkan cara-cara pemerintah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan pemerintahan empayar di Alam Melayu.
A.  Pengenalan
1. Pemerintahan bermaksud satu badan atau organisasi yang dianggotai sebilangan individu yang dilantik atau dipilih mengikut prosedur perundangan bagi menjawat jawatan tertentu untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah negara.
2. Maksud empayar
  • Jelaskan empayar di Alam Melayu.
B.  Isi : Cara-cara pemerintah mengukuhkan kedudukan . Agama memainkan peranan penting tetapi terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi.
1. Agama
  • Pemerintah menggunakan ajaran-ajaran agama untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.
  • Pemerintah menjadi penaung kepada ajaran agama yang disebarkan di empayar masing-masing.
  • Pemerintah mengaitkan konsep pemerintahan dengan konsep ketuhanan.
  • Melaka- pemerintah mengaitkan jurai keturunan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain dan Nabi-Nabi. Raja juga dianggap sebagai bayangan tuhan.
  • Majapahit-menggunakan undang-undang agama hindu dan kitab-kitab agama untuk mengaitkan mereka dengan dewa-dewa agama hindu.
  • Srivijaya- Raja-raja menggunakan kekayaan yang diperoleh untuk membiayai pengajian agama, membina kuil dan yayasan agama. 'Tuhan Vatakturah' memainkan peranan untuk memastikan taat setia rakyat kepada raja.
2. Kekuatan Ketenteraan
  • Mempunyai bilangan tentera yang ramai merupakan satu kelebihan kepada sesebuah empayar.
  • Berjaya menguasai negeri-negeri yang kecil dan meluaskan empayar dengan meluas.
  • Melaka-mempunyai tentera terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.
  • Majapahit-mempunyai tentera yang ramai terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Daha, Wengker, Matahun, Lasem,Pajang dan Kabalan.
  • Srivijaya-mempunyai 20,000 tentera terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Kedah Tua, dan negeri-negeri sekitar Segenting Kera.
3. Pentadbiran yang teratur
  • Sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur memastikan pemerintah dapat menjalankan pemerintahan yang aman.
  • Pentadbiran yang teratur memastikan empayar dapat berkembang dengan meluas.
  • Melaka- Sultan dibantu oleh jemaah penasihat(Majlis Tertinggi) yang dianggotai oleh golongan bangsawan.Empat pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Syahbandar.
  • Majapahit- Kitab Negarakertagama mengandungi maklumat yang menunjukkan Majapahit mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
  • Srivijaya-Inkripsi Telaga Batu menunjukkan Srivijaya mempunyai pentadbiran yang lengkap.
4. Konsep Daulat dan Kesaktian
  • Raja dipercayai mempunyai daulat dan kesaktian. Konsep ini dikukuhkan melalui mitos tentang asal usul, jurai keturunan, serta kebolehan fizikal dan kerohaniannya.
  • Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia kepada raja dan sesiapa yang menentangnya akan dianggap penderhaka.
  • Penderhaka akan ditimpa mudarat atau tulah dalam bentuk sumpahan atau balasan fizikal.
  • Melaka-raja-raja digambarkan mempunyai daulat yang menyebabkan berlaku kesan fizikal kepada penderhaka.
  • Majapahit- raja-raja dianggap penjelmaan sebagai Dewa Shiva dan Vishnu.
  • Srivijaya-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa Amoghapasha Avalokitesvara.
5. Peraturan-peraturan khusus
  • Kedudukan dan kebesaran seorang raja dikukuhkan melalui cara-cara berikut.
  • Warna, rumah,penggunaan nobat diraja, penggunaan bahasa istana serta alat-alat kebesaran seperti ketur, kendi,kipas dan cogan.
  • Melaka- pengunaan kata-kata seperti patik, beta dan lain. Warna kuning hanya untuk raja.
  • Majapahit-raja-raja diagungkan melalui syair-syair yang dihasilkan oleh Sri Mudali dan Sudahrma.
  • Srivijaya-raja digambarkan jelmaan dewa-dewa
C.  Kesimpulan
Kejayaan pemerintah di Melaka, Majapahit dan Srivijaya mengekalkan pengaruh dan kekuasaan menyebabkan empayar jajahan yang dikuasai begitu meluas. Hal ini menyebabkan keagungan dan kegemilangan empayar-empayar berkekalan untuk satu tempoh yang agak lama.

TAMADUN ISLAM : TEMA 2 – DASAR PEMERINTAHAN MUAWIYAH

Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah pada Zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian.
A. Pengenalan
·         Seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu.
·         Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada ajaran agama.Tokoh politik dan negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab yang terkemuka.
·         Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.
·         Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.
·         Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.
B.  Isi
·         Beliau menggubal beberapa dasar penting yang berbeza dalam negara bagi mentadbir wilayah-wilayah yang luas itu. Setiap wilayah mempunyai masalah dan cara tersendiri untuk ditadbir.
·         Di Iraq ,beliau telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin Arab yang menjadi penyokong kuat kepada khalifah Ali. Selain itu beliau mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan penentangan dan perpecahan.
·         Di Mesir, beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi yang buruk pada zaman sebelumnya dengan melantik rakan setianya Amru al As sebagai gabenor di Mesir.
·         Di Syam, memberi layanan yang baik kepada kepada penduduk di sana yang merupakan penyokong kuatnya.
·         Di Jazirah (Mesopotamia),menjalankan dasar muafakat dan kompromi antara penduduk yang terdiri daripada Qais dan Yaman.
·         Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing sama ada Parsi,India mahupun Byzantine
·         Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah dan ke Damsyik. Ini kerana di Damsyik ramai penyokong setia Muawiyah.
·         Mengubah sistem pemilihan Khalifah secara Syura kepada warisan. Ini telah mengubah tradisi sebelumnya iaitu pada zaman Khulafa Rasyidin. Beliau telah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan khalifah.
·         Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah. Khalifah mempunyai kuasa mutlak dan berpusatkan khalifah dalam membuat keputusan. Jawatan gabenor dimonopoli oleh keluarga Bani Umaiyyah.
·         Mengadakan pasukan tentera yang kuat yang terdiri dari orang-orang Syam dan mereka diberi gaji tetap. Orang Syam setia kepada Muawiyah.
·         Memperkenal atau meniru sistem pentadbiran kerajaan Byzantine dengan mengambil pegawai-pegawai yang beragama kristian untuk berkidmat.
·         Menubuhkan pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisik bagi mengetahui rahsia-rahsia pihak musuh.
·         Mengutamakan keturunan Arab, khususnya keturunan bani Umaiyyah dalam pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Golongan bukan Arab (mawali ) kurang diberi peluang sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada mereka.
C.Kesimpulan
·         Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era keruntuhan.
·         Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 4 – CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI KOMERSIAL

Huraikan Ciri – Ciri Utama Sistem Ekonomi Komersil Dengan Merujuk Kepada Tamadun Graeco – Roman Dan Tamadun Islam.
A. Pengenalan.
Terdapat ciri – ciri perbezaan dan persamaan antara ekonomi sosial tamadun Graeco – Roman dengan tamadun Islam. Perbezaan yang nyata sekali ialah perkembangan latifundia di Empayar Rom yang bercorak perladangan besar yang berasaskan Slave mode of production ( pengeluaran melalui tenaga perhambaan ). Walaupun tenaga hamba digunakan di ladang – ladang semasa pemerintahan Abbasiyah tetapi tidak mencapai sesuatu tahap yang menyeluruh Empayar Islam.
Pemusatan kuasa politik di Rom atau di Baghdad, perkembangan ekonomi pertanian untuk eksport telah menjadi suatu sumber kekayaan kerajaan masing – masing. Perdagangan, sama ada perdagangan domestik atau antarabangsa juga berkembang dengan cepat dengan wujudnya kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik dan kemudahan – kemudahan yang terdapat seperti institusi kewangan.
B. CIRI – CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI GRAECO – ROMAN.
1. Penaklukan dan perluasan empayar Rom telah mengubah asas ekonomi pertanian daripada sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berteraskan kepunyaan tanah yang bersaiz kecil ( 5 – 30 ekar ) dan juga dikerjakan oleh kaum tani sendiri. Pada kurun yang ke dua Sebelum Masihi ekonomi sara diri bertambah kurang, akibat kemerosotan kedudukan kaum tani sehingga diambil alih oleh sistem ekonomi latifundia.
Latifundia adalah ekonomi perdagangan yang saiznya melebih 100 ekar. Kadangkala luasnya hampir 300 ekar. Kebanyakkan tanah kepunyaan kaum tani telah dibeli oleh tuan – tuan tanah besar dan ditanam dengan tanaman – tanaman komersil seperti anggur dan zaitun untuk industri wain dan minyak. Jadi tanaman makanan bijirin tidak dipentingkan lagi dan Rom bergantung kepada makanan import.
2. Tenaga perburuhan ( labour ) untuk latifundia bergantung kepada tenaga hamba. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 43 SM, bilangan hamba di Semenanjung Itali telah mencapai seramai 3 juta orang berbanding dengan han 4 juta orang bebas. Menurut Perry Anderson dalam bukunya, “ Passage from Antiquity to Feudalisme”
Nothing like this had ever been seen in the ancient world. The full potential of the slave mode of Production was for the first time unfolded by Rome, which organised an took it to a logical conclusion that Greece had never experinced. The predatory militarism of the Roman Republic was it main lever of economic accumulation. War brought lands, tributes and slaves, slaves, tributes and lands supplied the materials of war”
Pada peringkat awal, latifundia bertumpu di Itali tetapi selepas Perang Punic diperluaskan ke Sepanyol, Gaul, Noricum, Rhaetia dan juga Brtian. Perkembangan Latundia dibahagaian timur Empayar tidak berlaku oleh kerana urbanisasi telah mencapai suatu tahap yang tinggi.
3. Perdagangan eksport dan import juga berkembang tetapi tidak bersifat seimbang oleh kerana nilai import ke Itali melebihi nilai eksport. Kelemahan ini berpunca daripada sikap bangsawan Rom yang tidak berminat dengan hal perdagangan. Pengendali hal perdagangan sama ada domestik atau antarabangsa dimonopoli oleh saudagar – saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ).
Perdagangan antarabangsa dengan negari China didorong oleh dasar perluasan Han Wu Ti yang membuka dua jalan darat ke Bactria dan Merv. Yang lebih penting ialah jalan laut melalui Lautan Hindi yang merupakan saluran utama perdagangan dengan negeri – negeri Timur seperti India. Golongan saudagar Yunani berjaya belayar ke India akibat daripada penemuan angin monsun.
4. Bandar Rom menjadi pusat perdagangan domestik hasil daripada permintaan golongan bangsawan. Saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ) menguasai perdagangan Mediterranean, wilayah sekitar Sungai Rhine, Gaul dan Britian. Kekayaan daripada perdagangan telah mempercepatkan proses urbanisasi dan peningkatan cara kehidupan yang mewah.
5. Walau bagaimanapun orang Itali tidak terlibat dalam perdagangan tetapi mereka memberikan sumbangan kepada perkembangan institusi – institusi kewangan seperti bank.
C. CIRI – CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI TAMADUN ISLAM.
1. Sistem Ekonomi komersil tamadun Islam memuncak pada zaman pemerintahan Abbasiyyah. Terdiri daripada dua komponen iaitu ekonomi pertanian dan ekonomi perdagangan, sama ada domestik atau antarabangsa. Sumber – sumber galian dan pertanian serta perdagangan transit di antara Eropah dengan Asia Barat bersama dengan kestabilan politik dalaman dan hubungan yang erat dengan negara – negara jiran telah menyumbang kepada perluasan perkembangan komersil di seluruh Empayar Islam.
2. Empayar Islam adalah kaya dengan sumber – sumber galian seperti perak dari wilayah – wilayah timur, emas dari Nubia dan Sudan, tembaga dari Isfahan, besi dari Parsi, Asia Tengah dan Sicilly. Ekonomi pertanian diperbaiki dengan usaha kerajaan pusat. Usaha pertanian di Lembah Tigris – Eyphrates di bawah pengawalan yang sistematik. Hak kepunyaan tanah diberikan kepada kaum tani. Sistem cukai adalah adil berdasarkan kepada peratusan jumlah pengeluaran. Perladangan secara besar – besaran dimulakan dengan tenaga hamba.
3. Perdagangan antarabangsa ( India, China dan Eropah ) dipercepatkan dan digalakkan oleh kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik, serta hubungan diplomatik yang erat dengan negeri – negeri lain. Wujudnya pelabuhan – pelabuhan yang baik telah dapat menarik saudagar – saudagar asing ke Baghdad.
4. Perkembangan institusi – institusi kewangan seperti bank, sistem cek dan surat – surat kredit. Pada kurun ke – 10 Masihi, terdapat bank – bank kerajaan di Baghdad yang diuruskan oleh orang – orang Yahudi dan Kristian.
Kesimpulan:
Tamadun Graeco – Roman dan tamadun Islam telah mencapai suatu tahap yang begitu tinggi dalam perkembangan ekonomi mereka. Ekonomi pertanian dan perdagangan telah menjadi asas kekayaan kedua – dua tamadun yang terbayang dalam corak kehidupan sosial dan kegiatan intelektual

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ORGANISASI SOSIAL

Bincangkan  peranan masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik .
A) Pengenalan
1.  Peranan masyarakat merujuk kepada Organisasi Sosial @ stratifikasi sosial sesebuah  masyarakat.
  • Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
  • Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
  • Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.
2.  Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .
B) Isi
A) Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya
1. Golongan Pendeta
  • Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa.
  • Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
  • Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
  • Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.
  • Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
  • Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
  • Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
  • Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti
3. Golongan bawahan
  • Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, golongan bawahan masyarakat di lembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba
  • Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
  • Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
  • Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.
  • Manakala kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba.
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
  • Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
  • Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan
  • Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam
  • Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
  • Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani
  • Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas
B) Organisasi sosial masyarakat China
1. Golongan raja
  • Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir.
  • Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim ,mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran
  • Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan
  • Walaupun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China.
2 .Golongan Aristokrat
  • Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China
  • Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata
  • Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
  • Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .
3. Golongan yang diperintah
  • Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku .
  • Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .
  • Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan menciusme.
  • Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
  • Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
  • Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
  • Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.
  • Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri
C) Kesimpulan :
  • Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks.
  • Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu  perkembangan tamadun yang lebih hebat.
Bandingkan kepimpinan pentadbiran ketenteraan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan Asoka.
Pengenalan.
1. Sejarah ketamadunan manusia telah memperlihatkan kepada kita bahawa kepimpinan yang berwibawa berkait rapat dengan keamanan dan kestabilan politik sesebuah ketamadunan atau Negara. Kepimpinan yaqng berwibawa mempunyai wawasan jangka panjang mampu mengorak kecemerlangan Negara. Pemimpin tentera yan hebat dan bijaksana berupaya menjadikan sesebuah Negara yang hebat dan disegani.
2. Latar belakang Rasulullah s.a.w - Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati di kalangan kabilah Arab. Memiliki sifat-sifat terpiji dan menjadi contoh kepada seluruh umat di dunia. Baginda dikagumi oleh kawan dan lawan. Nabi Muhammad s.a.w berperanan sebagai Rasulullah s.a.w dan juga sebagai ketua Negara sebagaimana termaktub di dalam Piagam Madinah. Rasulullah adalah juga merupakan seorang negarawan ulung melalui kepimpinan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang sangat berjaya.
3. Latar belakang Asoka – Merupakan pemerintah agong dalam sejarah India. Beliau mewarisi pemerintahan empayar Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada kurun ke -4 sm. Beliau menggantikan Bindusara pada tahun 273 sm. Asoka adalah cucu kepada Candragupta Maurya. Memerintah selama 40 tahun. Sistem pemerintahannya berbentuk kerajaan pusat. Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangan di bawah pemerintahan Asoka. Asoka tidak terus menaiki takhta kerana terpaksa bersaing dengan saudara-saudaranya yang lain untuk merebut kuasan yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Ada ahli sejarah mengatakan Asoka telah membunuh 100 orang anggota keluarganya dalam perebutan kuasa tersebut.
Isi.
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dan Asoka. ( 5 Isi x 2M x2M = 20 Markah )
1. Kepimpinan ketenteraan
  • Rasulullah s.a.w merupakan ketua angkatan tentera yang sangat hebat dan disegani oleh kawan dan lawan. Peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w di bahagi kepada dua iaitu peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w (ghazwah) dan tidak disertai oleh Rasulullah (Sariyah). Setiap ekspedisi tentera yang disertainya, bagindalah yang mengetuainya. Antara peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w ialah Badar al-Kubra(2H), Uhud(3H), al-Ahzab (5 H), Perang Hunain (8 H), Perang Taif (8 H) dan lain lain lagi. Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidak secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat keputusan.
  • Asoka pula merupakan panglima tentera yang dianggap hebat dan menakutkan pihak lawan. Asoka telah melakukan serangan secara kejam dan keras terhadap negeri Kalinga pada 292 M bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa pemerintahan Dinasti Maurya. Asoka turut menyerang daerah Orissa di Pantai Timur India. Banyak korban dan orang tawanan. Kesengsaraan dan penderitaan perang ini telah mengubah jiwanya seperti keadaan Siddharta Gautama (Buddha) yang berubah hati setelah melihat kesengsaraan. Akhirnya menukarkan keganasan dengan kemanusiaan dan perdamaian.
2. Pengurusan Jenis tentera
  • Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324 orang (atau 313 orang). Tentera Islam terdiri daripada tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang dalam perang Tabuk. Bilangan ini kemudiannya semakin meningkat kepada 300 ribu orang pada awal pemerintahan Abbasiah.
  • Angkatan tentera India dibahagiakan kepada empat kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera kereta kuda, dan tentera infantri . Terdapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera laut, pengintip anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastra menyebutkan satu unit tentera India terdiri dari 45 gajah, 225 kuda, dan 657 tentera. Semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dipercayai tenteranya terdiri daripada 600,000 anggota infantri dan terus bertambah pada zaman Asoka. Tentera Laut diperkenalkan pada zaman Asoka.
3. Pengurusan Gaji Tentera
  • Zaman Rasulullah s.a.w tentera Islam terdiri daripada sahabat baginda yang berperang secara suka rela hanya kerana agama dan menuntut keredaan Allah S.A.W. Mereka tidak menerima gaji atau bayaran yang tetap daripada kerajaan Islam Madinah kerana tiada tentera bergaji tetap dibentuk pada ketika itu. ( Elaun atau gaji tetap hanya dibayar pada zaman Khalifah Umar al-Khattab yang dikuatkuasa mulai 20 H.) Tentera Islam pada zaman Nabi Muhammmad hanya memperolehi harta rampasan perang yang dibahagi secara adil dan setelah diberi sebahagiannya kepada perbendaharaan Negara.
  • Pada Zaman Pemerintahan Maharaja Asoka, tentera-tentera tidak diberi gaji tetap. Harta rampasan perang adalah merupakan ganjaran kepada para tentera. ( Gaji tentera secara tetap hanya dibayar pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji (1296 -1316 M))
4. Pengurusan Peralatan Peperangan
  • Peralatan persenjataan peperangan pada Zaman Rasulullah s.a.w seperti tombak, panah, manjaniq , pedang, dan juga menggunakan kelebihan alam dengan cara meninjau keadaan cuaca dan angin. Penggunaan binatang seperti kuda dan unta juga dilakukan dengan meluas.
  • Pedang adalah senjata utama askar India. Terdapat pelbagai jenis pedang untuk tujuan yang berbeza. Selain itu lembing, busur panah, kapak, perisai, tombak yang bercabang dan lain-lain. Penggunaan binatang gajah dan kuda digunakan pada zaman ini.
5. Pengurusan taktik dan strategi peperangan
  • Pelbagai taktik dan strategi peperangan dalam Islam. Taktik ini disesuaikan dengan situasi dan lokasi tempat peperangan itu berlaku. Contohnya taktik menunggu dalam perang Badar, taktik bertahan dengan mengadakan benteng pertahanan seperti menggali parit dalam perang Khandak, taktik mengepung dan seterusnya menyerang bertubi-tubi, menubuhkan jabatan perisikan, dan lain lain.
  • Pada Zaman pemerintahan Asoka juga terdapat pelbagai taktik untuk memenangi peperangan. Antaranya menyerang, membina kubu pertahan, kem-kem tentera, serangan hendap dan sebagainya. Bentuk binaan di kota Harappa dan Mohenjo Daro menunjukkan tamadun India sangat menitik beratkan pembinaan kubu-kubu pertahanan bagi mengawal musuh.
6. Peperangan sebagai satu ibadat
  • Nabi Muhammmad telah mendidik tentera Islam bahawa peperangan adalah jihad sebagai jalan terakhir dalam usaha dakwah. Tentera Islam berjuang dalam peperangan kerana menuntut keredaan Allah S.W.T. Perjuangan kerana jalan Allah ini akan dijanjikan syurga. Oleh itu peperangan adalah satu ibadat kepada umat Islam dalam usaha menyebarkan dakwah dan perkembangan Islam
  • Masyarakat India juga menganggap peperangan sebagai satu ibadat agama. Oleh itu unsur agama banyak mempengaruhi selok belok peperangan India. Sebelum peperangan, akan dimulakan dengan ucapan suci dan pendeta akan memberi ucapan semangat. Kepatuhan Asoka kepada agama Buddha menyebabkan perubahan sikap keras dan kejam kepada berperikemanusiaan. Asoka berusaha menyebarkan agama Buddha ke Negara-negara luar. Asoka memerintahkan pembinaan tiang-tiang batu yang mengandungi ukiran doktrin agama Buddha.
7. Pengurusan Hubungan Diplomatik
  • Dalam usaha mengukuhkan keamanan dan kekuasaan Islam, Rasulullah s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Baginda telah menghantar perwakilan ke luar seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi. Kesan misi diplomatik ini, semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam. Dengan demikian misi ketenteraan tidak perlu digerakkan dan peperangan dapat dielakkan.
  • Untuk menghindari peperangan dan mengekalkan keamanan, Asoka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara jirannya seperti Mesir, Megas, Cyrene. Antara tokoh luar yang dihubungi adalah seperti Ptolemy II, Philadelphos, dan Antiogomus Gonatas. Asoka tidak mengambil sebarang tindakan ketenteraan terhadap kerajaan di sempadannya seperti kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra, Keralaputra dan wilayah kerajaan Yunani di Barat Daya India.
Kesimpulan
Kepimpinan yang berwibawa dan bijaksana akan dapat memastikan pengukuhan kerajaan dan negara. Kejayaan kerajaan Islam dan kerajaan India mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh adalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.

Agama & Kepercayaan Jahiliah

Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan  Islam.
 Pengenalan :
  •  Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
  • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
  • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
  • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
  • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
 Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
1.         Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
2.         Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3.         Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
4.         Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
5.         Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
6.         Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7.         Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
10.       Kepercayaan tahyul :
  • Kepercayaan tangkal azimat
  • Roh orang mati menjadi burung.
  • Percaya kepada ahli nujum.
  • Percaya kepada ahli sihir.
  • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
  • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
  • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
  • Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

Agama & Kepercayaan Tamadun Awal

Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat  pada zaman tamadun awal manusia.     
Pengenalan :
  1. Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
  2. Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek moyang serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan  yang berkaitan kepadanya.
  3. Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil daripada hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya alam sekeliling memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai dengan alam sekeliling dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.
Isi :
Menyembah banyak Tuhan :
  • Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
  • Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.
 Menyembah Dewa -dewi :
  • Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota-kota mereka.
  • Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.
 Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :
  • Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.
  • Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.
  • Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.
Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :
  • Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.
  • Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.
  • Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.
Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :
  • Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
  • Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu  dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia.
  • Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Memuja Roh Nenek Moyang :
  • Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.
  •  Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.
Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Alam Sekitar

Bagaimanakah alam sekitar dapat mempengaruhi ketamadunan manusia daripada masyarakat paleolitik kepada masyarakat yang bertamadun.
Pendahuluan :
  • Pengertian alam sekitar.
  • Pengertian masyarakat paleolitik.
  • Pengertian masyarakat bertamadun.
  • Ciri-ciri asas masyarakat bertamadun.
Idea / isi  :
Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat :
  • Perkembangan pertanian dan penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian.
Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian :
  • Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud Revolusi pertanian yang berupaya mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.
Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi :
  • Pada zaman paleolitik alat batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas zaman bertamadun mereka telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya pertambahan penduduk. Justeru peralatan adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan ini menunjukkan manusia menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif. Contohnya penciptaan tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri. Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.
Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi :
  • Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan sungai. Kegiatan mereka tertumpu kepada memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, dimana mereka mula menetap di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan pertanian secara agresif. Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan. Contoh, pertukaran perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.
Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan :
  • Percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan dalam sejarah ketamadunan manusia.
Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk :
  • Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan bilangan penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru, peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat yang kompleks.
Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja :
  • Kehidupan yang bertambah kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arahan kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk yang mendadak melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan menyelia urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak rakyat yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.
Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial) :
  • Dalam masyarakat munculnya institusi-institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.
Kesimpulan :
  • Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah melahirkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir yang lebih kompleks sesuai dengan zamannya.

Ciri-ciri Jahiliah

Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
Pengenalan :
Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.
a.         Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
b.         Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c.         Tidak mempunyai peradaban.
d.         Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
e.         Tidak boleh membaca dan menulis.
Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Isi- isi Penting :
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
a.         Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.
b.         Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.
c.         Golongan hamba.
d.         Wanita.
e.         Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
Aspek agama dan kepercayaan :
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.
Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.
Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.
Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.
Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.
Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :
Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.
Kesimpulan :
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Kepentingan Hijrah

Bincangkan Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.
Pendahuluan :
  • Hijrah dari Mekah ke Madinah.
  • Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
  • Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
  • Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
  • Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
  • Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
  • Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
  • Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.
Isi-isi  :
Kepentingan Hijrah :
Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
  • Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
  • Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :
  • Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
  • Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
  • Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :
  • Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
  • Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
Pertumbuhan Umat Islam :
  • Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
  • Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :
  • Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
  • Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :
  • Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :
  • Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :
  • Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
  • kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :
  • Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.
Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

aktor Peperangan Dalam Tamadun Awal

Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia.           
Pengenalan :
Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia.
Isi :
Pembentukan dan perluasan empayar :
Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke alas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom.
Masalah sempadan :
Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselama.tan dan kedaulatan negara daripada dicerobolu oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadan­sempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan-sempadan.
Menguasai Sumber Ekonomi :
Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladang­ladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates.
Mengatasi pemberontakan :
Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya, memalukan kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan semangat penentangan.
Melindungi Ekonomi Perniagaan :
Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean.
Faktor Agama :
Kemenganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus contoh Perang antara Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist). Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar)  Kepentingan peribadi  seperti wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, contoh spt Cleopatra,Mark Anthony dalam Perang Actium
Kesimpulan :
Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan sejarah dunia.

Kepentingan Sahifah Madinah

Huraian kepentingan Sahifah Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara kota Madinah.
Pendahuluan :
  • Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar (Golongan Penolong) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
  • Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
  •  Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak -kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.
  •  Aspek utama Piagam Madinah.

Isi-isi :
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:
  • Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa – apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah – masalah yang timbul dari masa ke semasa.
  • Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.
  • Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
  • Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
  • Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
  • Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
  • Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
  • Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
  • Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
  • Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
  • Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan :
  • Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
  • Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
  • Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Kepercayaan Arab Jahiliah

Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan  Islam.
Pengenalan :
  • Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
  • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
  • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
  • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
  • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
 Agama Hanif :  
  • Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Agama Yahudi :
  •  Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
Agama Nasrani :
  • Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
 Agama Wathani :
  • Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
  Agama Majusi :
  •  Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
  Agama penyembahan Cekarawala :
  •  Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
 Agama Animisme :
  •  Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
 Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
  •  Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
 Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
  • Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
Kepercayaan tahyul :
  • Kepercayaan tangkal azimat
  • Roh orang mati menjadi burung.
  • Percaya kepada ahli nujum.
  • Percaya kepada ahli sihir.
  • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
  • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
  • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
  • Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

Kepercayaan Dan Agama

Bandingkan ciri-ciri kepercayaan dan agama antara masyarakat Mesir dengan Mesopotamia.
Pendahuluan :
  • Latarbelakang masyarakat Mesir.
  • Latarbelakang masyarakat Mesopotamia.
  • Maksud kepercayaan dan agama dan kaitannya ciri-ciri tamadun.
Isi-isi :
Kepercayaan yang bersifat polytheistisme berasaskan unsur-unsur semula jadi. terdapat banyak tuhan yang diterima umum dan tuhan diperingkat bandar/tempatan.
Mesopotamia :
  • Penduduk Mesopotamia menyembah banyak tuhan atau dewa – dewi. Setiap tuhan mempunyai tugas yang berlainan. Antara tuhan mereka ialah Anu ( Tuhan Langit ), Enki ( Tuhan Air dan Laut ) dan Enlili ( Tuhan Bumi )
Mesir
  • Penduduk Mesir menyembah banyak tuhan. Mereka percaya alam ini dikuasai tuhan – tuhan yang menentukan nasib baik dan buruk penghuni bumi. Antara tuhan mereka ialah Amon – Re ( Tuhan Matahari ) Isis ( Tuhan Bulan ) dan Osiris ( Tuhan Sungai Nil )
Hubungan dengan raja/pemerintah :
Mesopotamia :
  • Raja dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Raja Babylon dipercayaai mempunyai hubungan dengan Tuhan Marduk. Semua arahan daripada raja perintah Marduk. Golongan pendita memainkan peranan penting dalam pentadbiran.
Mesir :
  • Firaun dipercayaai anak kepada Amon Re ( Tuhan Matahari ) iaiitu tuhan yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Hubungan ini menjadi asas kepada asas pembentukan sistem teokrasi.
Tuhan mempunyai sifat manusia.
Mesopotamia :
  • Tuhan memiliki sifat manusia dari rupa bentuk fizikal dan berperasaan ( marah, benci, dan iri hati ). Sifat tuhan dijelmakan melalui ukiran patung.
Mesir :
  • Tuhan memiliki sifat manusi dan kehidupannya sama dengan kehidupan manusia. Tuhan mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan serta mempunyai keluarga. Tuhan – tuhan orang Mesir mempunyai perasaan marah, balas dendam, bergaduh dan belas kasihan.
Upacara penyembahan tuhan.
Mesopotamia :
  • Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi mengelakkan malapetaka akibat daripada kemarahan tuhan. Mereka menghidangkan makanan kepada tuhan dan upacara keagamaan diiringi dengan alat muzik.
Mesir :
  • Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi menjamin keharmonian penduduk dengan alam sekitar dan mengelakkan malapetaka. Perayaan keagamaan diadakan bagi setiap tahun pada hari – hari tertentu. Perayaan untuk mengagungkan Amon – Re diadakan pada awal tahun baru. Persembahan drama keagamaan diadakan untuk memuja – muja tuhan. Contohnya drama lapan babak mengisahkan kehidupan Tuhan Osiris.
Institusi rumah berhala.
Mesopotamia :
  • Institusi Rumah berhala merupakan ciri penting dalam sistem kepercayaan. Mereka membina trumah berhala bertujuan untuk pusat ibadat dan pemujaan. Kuil yang paling terkenal ialah Ziggurat.
Mesir :
  • Institusi rumah berhala mempunyai ciri penting dalam sistem kepercayaan. Pembinaan rumah berhala bertujuan untuk pusat Ibadat dan penyembahan. Rumah ibadat yang terkenal ialah Kuil Agung Karnak.
Kepercayaan selepas mati.
Mesopotamia :
  • Mereka tidak mempercayaai kehidupan selepas kematian. Mereka percaya sekiranya mayat tidak dikebumikan, ianya akan merayau mencari makan. Mayat dikebumikan dengan bekalan makanan dan barang kegemaran si mati.
Mesir :
  • Mereka mempercayaan kehidupan selepas kematian berdasarkan dalam  “Buku Kematian”. Tuhan Osiris akan memberi nyawa selepas kematian. Mayat diawet, piramid dibina untuk menyimpan mayat dan harta Firaun.
Sumber kepercayaan.
Mesopotamia :
  • Berasaskan metos dan lagenda contohnya kitab Gillgamesh.
Mesir :
  • Berasaskan metos dan lagenda contohnya catatan di kuil dan istana.
Status tuhan.
Mesopotamia :
  • Tuhan dalam masyarakat Mesopotamia adalah sama taraf di antara negara kota.
Mesir :
  • Tuhan dalam masyarakat Mesir berbentuk hierarki keagungan
Kesimpulan :
  • Masyarakat Mesopotamia dan Mesir memberi perhatian yang sangat penting terhadap aspek kepercayaan dan agama. Kesannya banyak tinggalan sejarah seperti tapak – tapak kuil dan tempat pengkebumian.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan.
 Pendahuluan :
  1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
  2. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
  3. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.
  4. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.
Isi :
Kepemimpinan Nabi :
Sebagai Pemimpin Agama :
  1. Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
  2. Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
  3. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
  4. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT
  5. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
  6. Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis
Sebagai Pemimpin Politik :
  1. mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
  2. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
  3. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua
  4. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
  5. Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir.
  6. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.
Sebagai Pemimpin Tentera :
  1. menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
  2. menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
  3. akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
  4. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
  5. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
  6. Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
  7. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.
  8. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
  • Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
  • Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
  • Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
  • Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
  • Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
  • Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
  • Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
  • Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
  • Patuh kepada ketua.
  • Tidak boleh lari dari medan peperangan.
  • Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Sebagai Pemimpin Masyarakat :
  1. berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
  2. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
  3. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
  4. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
  5. Menaikkan taraf wanita .
  6. Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
  7. Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing.
  8. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah
Ketua Hakim :
  1. Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
  2. Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
  3. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
Sebagai Perancang Ekonomi :
  1. Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
  2. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi
Kesimpulan :
  1. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
  2. Kepimpinan  nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

asyarakat Islam Mekah Dan Madinah

Huraikan Usaha-Usaha Nabi Muhammad S.A.W Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Di Mekah Dan Madinah.
Pengenalan :
  • Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w – Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu , baginda beruasa ha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish.
  • Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.
  • Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut.
  • Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah- Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu.
  • Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib,  bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun. Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.
Isi-isi penting.
Pembinaan masyarakat Islam di Mekah :
Dakwah Secara Sulit :
  • Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa. Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan.
Dakwah Secara Terang :  
  • Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.
Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.
Pembinaan Masjid :
  • Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
  • Fungsi masjid -Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  • Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
  • Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.
Piagam Madinah :
  • Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
  • Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya.
  • Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak.
  • Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.
Pemulihan Ekonomi :
  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
  • Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
  • Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
Hubungan Sosial :
  • Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
  • Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.
Kesimpulan :
Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat .Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.
Weblog Sejarah STPM 940/1

Masyarakat Makkah dan Madinah

Huraikan Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yatrib) Sebelum Kedatangan Islam.
Pendahuluan :
  • Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua – dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam – zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua – dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al – Quran.
  • Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota – kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna.
 Isi :
Latar Belakang :
Anggota Masyarakat :
  • Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku – suku dan berpuak – puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al – Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al – Fijr adalah bukti permusuhan mereka.
  • Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000 – 5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani – bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku – suku hasil daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.
Agama dan kepercayaan :
  • Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.
  • Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa – bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s  Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.
Akhlak :
  • Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum  lain  yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa – apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.
  • Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.
Ekonomi :
  • Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu – batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan. Pengishtiharan bulan – bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara ( Syam ). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah.
  • Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.
Politik :
  • Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin.
  • Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.
Ilmu Pengetahuan :
  • Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu – ilmu yang boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang – pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira – kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.
  • Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.
Kesimpulan :
Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota – kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

Negara Islam Madinah

Jelaskan Langkah-langkah  Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ke Arah Pembentukan Negara Islam di Madinah.  
Pengenalan :                                                                                                     
Demografi Madinah :
  • Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.
  • Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.
  • Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.
  • Konsep negara.
Isi :
Pembinaan Masjid :
  • Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
  • Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam
Pembentukan Ummah :
  • Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :
                  i.          Muahahjirin dengan Muhajirin.
                  ii.         Ansar dengan Ansar.
                  iii.       Muhajirin dengan Ansar
  • Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.
Mewujudkan Piagam Madinah :
  • Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.
Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara  Musyawarah :
  • Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.
Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :
  • Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.
Mengadakan Hubungan Luar :
  • Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.
Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :
  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
Kesimpulan :
Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan.

Negara Kota

Bandingkan sistem pemerintahan negara kota Athens di Yunani dan Madinah  di Tanah Arab.        
Pendahuluan :
  • Konsep Negara kota, perkataan Civitas dalam bahasa Latin dan Greek yang bermaksud kota atau bandar
  • Negara kota juga dikenali sebagai Negara Bandar yang berasal dari dua perkataan Negara dan kota.
  • Semua Negara kota terletak di sebuah kota yang tetap dan mempunyai organisasi yang menguruskan dan menjalankan peraturan dalam sesebuah masyarakat.
  • Setiap Negara kota mempunyai beberapa ciri seperti wilayah, penduduk, pemerintah, undang -undang dan kedaulatan.
  • Latar belakang Negara kota Athens dan Madinah.
Isi :
Sistem Pemerintahan :
Athens :
  • Mengamalkan sistem pemerintahan republik yang berkonsepkan demokrasi
  • Warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi tempoh enam hingga setahun.
  • Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.
  • Sistem pemerintahan dikendalikan oleh tiga buah badan utama iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret/Juri.
Madinah :
  • Mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui konsep syura dan musyawarah.
  • Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah (zaman nabi Muhammad s.a.w) dan Khalifah (pada zaman Khulafa’ ar Rasyidin)
  • Badan pemerintah tertinggi ialah majlis syura (ditubuhkan secara rasmi semasa zaman Umar al-Khattab)
  • Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Sahifah Madinah
Bentuk Pentadbiran :
Athens :
Dewan Perhimpunan :
  • Dianggotai oleh warganegara lelaki berumur 21 tahun ke atas dan bersidang tiga kali sebulan
  • Tempat dasar-dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal undang-undang dan polisi serta membincangkan hal-hal ekonomi seperti percukaian.
  • Bertanggungjawab melantik pentadbir-pentadbir Negara dan ahli-ahli Majlis.
  • Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens.
Majlis :
  • Jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh dewan perhimpunan.
  • mempunyai 500 orang ahli dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Archon( bangsawan) yang merupakan golongan berada dan melaksanakan pemerintahan bercorak tyrant (mutlak)
  • bertanggungjawab membincangkan dan melaksanakan hal – hal seperti polis dan percukaian
Madinah :
Majlis Syura :
  • Terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat rasulullah
  • Tidak ada tempoh persidangan tetapi mengikut kepentingan Negara dan situasi politik
  • Semua rakyat bebas mengemukakan idea dan pandangan untuk kemajuan Negara (kecuali bidang agama)
  • Khalifah Umar al Khattab telah mengemaskinikan majlis syura dengan mewujudkan dua jenis majlis syura iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am
Sumber Perundangan :
Athens :
Majistret dan Juri :
  • Terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan dasar yang telah diputuskan oleh Dewan Perhimpunan
  • Ahli dalam badan ini dipilih oleh Dewan Perhimpunan dan mereka terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik
  • Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap kes bergantung pada jenis kesalahan.
  • Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang bersalah tidak berpeluang untuk merayu.
Madinah :
Piagam Madinah :
  • Digubal pada satu dan dua Hijrah yang merupakan sumber perundangan di Madinah.
  • Perlembagaan bertulis yang pertama didunia juga dikenali Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah
  • Mengandungi 47 fasal berkaitan tanggungjawab orang Islam dan Yahudi
  • Hukuman berdasarkan Al Quran iaitu hudud, qisas dan takzir.
  • Pada zaman Umar al Khattab, jabatan kehakiman dipisahkan dari jabatan-jabatan lain dan membentuk mahkamah kadi-kadi khas bagi menguruskan perbicaraan dan peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.
Kesimpulan :
  • Kedua-dua negara kota ini mempunyai persamaan dalam sistem pentadbiran dan  menjadi asas amalan demokrasi sehingga kini.

Organisasi Ketenteraan Islam

Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah.
Pengenalan :
  1. Konsep Ketahanan
  2. Konsep Pertahanan
  3. Latar belakang kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW.
  4. Konsep Organisasi Ketenteraan.
Isi-isi :
Sistem Pengerahan Tentera dan Daftar Tentera :
  • Pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Abu Bakar tiada organisasi sosial yang khusus. Organisasi ketenteraan terbentuk apabila diperlukan. Tentera berperang secara sukarela dan jihad contoh Perang Badar.  Zaman Khalifah Umar al-Khattab perkenalkan daftar tentera kepada dua bahagian iaitu tentera sukarela dan tentera sepenuh masa. Manakala pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, sistem pengerahan berubah dan tentera telah ditawarkan ganjaran dan dibayar gaji.
Jenis Tentera :
  • Tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H.
  •  Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi dan berpaku.
 Gaji Tentera :
  • Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera
  • pada  tahun 20H.Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun.
  • Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid  sebanyak 100 dirham.
  • Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan  kepada tentera pejalan kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.
Alat Kelengkapan Perang :
  • Alatan senjata yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api dan pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta kebal Bani Abbasiyah seperti tombak,panah,pedang, manjaniq dan dabbabah.
  • Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan senjata seperti dalam Perang Khandak dan Hunain
  • Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.
Komposisi Tentera :
  • Penyusunan tentera terawal adalah al-saf , setiap barisan mempunyai 100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Contoh Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah tentera seramai 313 orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan belakang pula bersenjatakan panah dan perisai.
  • Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, sistem kurdus atau Karadis  (pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang mengandungi 300 hingga 600 orang.
  • Pada zaman Bani Umaiyah pasukan tentera diketuai oleh komander atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera.
  • Pada zaman Bani Abbasiyah tentera Islam terbahagi kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-harbiyah),tentera menembak (al-naqqaabun),tentera pemanah (al-ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).
Kesimpulan :
  1. Struktur dan organisasi ketenteraan yang sesuai dan berkesan membawa kejayaan.
  2. Memperlihat kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai seorang pemimpin ketenteraan dan perangcang taktik dan strategi perang.

Weblog Sejarah STPM 940/1

Organisasi Sosial India & China

Huraikan organisasi sosial masyarakat India dan China pada zaman tamadun awal.  
Pendahuluan :
  • Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada lapisan-lapisan sosial berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Organisasi sosial merupakan satu ciri utama  masyarakat bertamadun dan dapat dikesan dalam semua tamadun sejak Zaman Neolitik lagi.
Isi  :
Organisasi sosial masyarakat India :
  • Dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang dan golongan bawahan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
  • Kajian menunjukkan tiada pemerintahan beraja di Lembah Indus.
  • Golongan pendeta mempunyai pengaruh besar dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Antara tugas mereka ialah mentadbir dan menguruskan tanah-tanah pertanian, mengawasi pengagihan hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang, mengubal dan melaksanakan peraturan dan undang-undang, mengawal pembinaan jalan dan system infrastrukturf, menjalankan upacara keagamaan dan mengawasi pembinaan.
  • Para pedagang mendapat keuntungan yang besar  kerana mereka tidak bayar cukai, Pedagang memiliki mohor yang mempunyai lambang keagamaan.
  • Di lembah Indus, golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh, tukang-tukang dan hamba.
  • Buruh paksa menjalankan kerja menghantar bijirin, membina tembok dan menenun kain, golongan artisan mahir dalam membuat patung binatang.
Organisasi masyarakat China :
  • Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan merupakan sumber kekuasaan. Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran , Raja ketua pentadbir dan ketua agama.
  • Raja dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan yang merupakan golongan aristokrat.
  • Dari segi pekerjaan, masyarakat China dibahagikan kepada empat kumpulan: Golongan cerdik pandai, petani, golongan  artisan dan pedagang.
  • Golongan yang paling rendah kedudukan ialah pelakon, pelacur dan hamba.
  • Dari segi system kekeluargaan, golongan pembesar dan kerabat diraja dibenarkan berkahwin lebih daripada seorang perempuan.
  • Selaian golongan wanita kelas atasan, wanita tidak mempunyai kedudukan yang baik.
  • Keluarga-keluarga yang besar terdiri daripada beberapa keturunan yang di klasifikasikan mengikut sistem Tsung Fa.
Kesimpulan :
Apa yang berkaitan.

Organisasi Sosial Meso & Mesir

Organisasi sosial merupakan  salah satu ciri sebuah masyarakat bertamadun. Bandingkan sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dengan tamadun Mesir.
Pendahuluan :
  • Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.
  • Tamadun Mesopotamia bermula sekitar tahun 3,500 sm di Lembah Sungai Tigris-Eupharates.
  • Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Isi :
Raja :
Tamadun Mesopotamia :
  • Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi.
  • Merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.
  • Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi (gabenor) dan ingal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan.
  • Merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.
Tamadun Mesir :
  • Raja Mesir : kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat.
  • Peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.
  • Bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari.
Golongan bangsawan :
Tamadun Mesopotamia :
  • Hairaki kedua tertinggi selepas raja .
  • Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir.
  • Berkuasa memilih pewaris tahta.
  • Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan
  • Gabenor yang dilantik oleh raja.
  • Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja.
  • Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat.
Tamadun Mesir :
  • Kedua tertinggi selepas raja .
  • Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja.
  • Contoh pendeta, penguasa dan pentadbir.
  • Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
  • Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
  • Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja.
  • Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.
Golongan professional / tentera :
Tamadun Mesopotamia :
  • Golongan professional merupakan hairaki yang ketiga.
  • Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis.
  • Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka.
  • Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing.
Tamadun Mesir :
  • Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan.
  • Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja.
  • Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun.
  • Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.

Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba :
Tamadun Mesopotamia :
  • Rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah.
  • Rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba.
  • Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang.
  • Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta.
  • Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan.
Tamadun Mesir :
  • Golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang.
  • Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil.
  • Zaman Ramses II tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan.
Kesimpulan :
  • Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.
Weblog Sejarah STPM 940/1

Pembentukan Masyarakat Islam Mekah & Madinah

Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam pembentukan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah.
Pengenalan :
  1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w : Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu , baginda beruasa ha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish.
  2. Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.
  3.  Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut.
  4. Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah : Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu.
  5. Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib,  bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.
 Isi :
Pembinaan masyarakat Islam di Mekah
Dakwah secara sulit :
  •  Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa. 
  • Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan.
Dakwah secara terang :
  • Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy  dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu  merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini  tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.
Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.
Pembinaan masjid :
  • Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
  • Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  • Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
  • Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.
Piagam Madinah :
  • Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.
  • Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa  pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya.
  • Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
  • Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia.
Pemulihan ekonomi :
  • Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
  • Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
  • Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
Hubungan sosial :
  • Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
  • Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.
Kesimpulan :
  • Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat .
  • Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.

Pembentukan Ummah Di Madinah

Huraikan peranan Rasulullah s.a.w. dalam usaha membentuk ummah pelbagai bangsa di Madinah.
Pengenalan :
  1. Latar belakang masyarakat Madinah.
  2. Definisi Ummah : bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam al-Quran ummah Merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan  makhluk lain.
  3. Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-Quran.
  4. Dalam al-Quran ummah merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
  5. Setiap diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam kontek ummah padazaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah.
 Isi-isi penting :
Cara Rasulullah s.a.w. Membentuk Ummah :
Pembinaan masjid :
  1. Usaha pertama Nabi Muhammad s.aw. di Madinah
  2. Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  3. Masjid terawal yang dibina ialah masjid Nabawi
  4. Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.
Piagam Madinah / Perjanjian politik :
  1. Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk.
  2. Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan  tanggunjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.
Menyatupadukan Aus Dan Khazraj :
  1. Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.
  2. Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan mereka.
Mempersaudarakan Muhajirin Dengan Ansar :
  1. Bertujuan untuk saling membantu .
  2. Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah, dan Abu Bakar dengan Kharijah.
  3. Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah.
  4. Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam.
Mengambil Tindakan Memerangi Serta Menghalau Dan Menghukum Golongan Yahudi Yang Melanggar Piagam  Madinah :
  1. Bani Qainuqa’- diusir kerana mempersenda-senda kemenangan  umat Islam dalam perang Badar- perkampungan mereka dikepung seterusnya mereka diusir keluar dari Madinah.
  2. Bani Nadhir- dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang Uhud dan membuat pakatan untuk membunuh Nabi.
  3. Bani Quraizah – Dikenakan hukuman yang lebih keras, iaitu semua lelaki dewasa dibunuh, harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-kanak diusir dari Madinah.
  4. Implikasi pengusiran golongan Yahudi ini, maka konsep ummah kini hanyalah umat Islam sahaja, dan secara tidak langsung negara menjadi aman dan stabil.
Memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba. Nabi menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan.
Kesimpulan :
  1. Nabi Muhammad pemikir dan pemimpin yg bijak.
  2. Langkah yg dijlnkan oleh Nabi Muhammad menjanjikan kota Madinah kuat dan dapat meluaskan empayar.
Weblog Sejarah STPM 940/1

Piagam Madinah

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.
Pengenalan :
  • Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
  • Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
  • Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
Isi :
Huraian mengenai Piagam Madinah :
  • Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu;
Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:
  • Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.
  • Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
  • Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
  • Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
  • Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:
  • Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
  • Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
  • Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
  • Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
  • Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
  • Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
  • Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
  • Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
  • Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
  • Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
  • Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan :
  • Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
  • Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
  • Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
  • Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.